Sulit
3 tahun
Adakah penyakit covid 19 akan berterusan?
Hi doc…saya nak tanya adakah penyakit covid ini akan terjadi atau pun menampakkan gejala selepas tempoh inkubasi?(selepas 14 hari) Dan adakah seseoarang itum boleh menghidap penyakit ini berulang kali?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala COVID-19 biasanya mengambil masa dalam 14 hari untuk timbul. Anda mungkin tidak sedar bila anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19 atau terdedah kepada virus di tempat awam. Berdasarkan WHO, tiada bukti yang menunjukkan bahawa anda akan terlindung daripada jangkitan kedua COVID-19 sekiranya pernah dijangkiti dan sembuh. Oleh itu, anda tetap disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya semasa di kawasan awam. Gunakan penutup hidung dan rajinkan diri untuk bersihkan tangan. Elakkan menyentuh mata hidung dan mulut sekiranya tangan tidak bersih.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini