ikmalsado91
3 tahun
Adakah sakit Saya serious?
Saya lelaki berusia 27 tahun …saya mengalami sakit bawah ketiak kiri dan kanan dalam 2 minggu lepas saya membuat kerja berat ini membabit kan tidak keselesaan pada badan Saya sehingga kan terasa lengguh kiri dan kanan pada lengan Saya adakala nya terasa sakit di dada
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sakit di bahagian ketiak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lymphadenitis ialah pembesaran kelenjar limpa akibat jangkitan
- Hidradenitis supurativa masalah kulit yang menyebabkan timbul ketulan kecil-kecil di lapisan bawah kulit
- Folliculitis - keradangan folikel rambut
- Epidermal cyst benjolan bawah kulit
- Limfoma - kanser sistem limfa
- Fibroadenoma - ketumbuhan jinak (bukan kanser)
Sebaiknya anda medapatkan pemeriksaan doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan. Hal ini kerana dikhuatiri terdapat masalah jangkitan yang sekiranya dibiarkan tanpa dirawat akan menjadikan ketulan dan sakit semakin parah. Berkenaan dengan sakit dada yang anda hadapi, ianya memerlukan pemeriksaan lebih lanjut sebelum kesimpulan boleh diberikan.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan penerangan selanjutnya. Terima kasih
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.