
zulaikha2404
5 tahun
Ambil perancang selepas kehamilan
Saya wanita berumur 23 tahun. Dah berkahwin. Lahirkan baby bulan 3 haritu, dan terus ambil perancang secara injection. Jdi saya masih boleh hamil ke walaupun dah ambil perancang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pertama sekali, saya memerlukan maklumat mengenai jenis perancang suntikan yang Puan ambil kerana terdapat dua jenis iaitu suntikan hormonal yang diambil setiap 3 bulan dan implan (rod besi hormonal selama 3 tahun)
Untuk makluman puan, suntikan hormonal memiliki kurang dari 1% risiko kehamilan dan hal ini bermaksud suntikan memberi 99% keberkesanan untuk mencegah kehamilan. Walaubagaimanapun, peratus risiko ini akan meningkat sekiranya Puan tidak mengambil suntikan mengikut masa yang ditetapkan.
Bagi suntikan implan, risiko kehamilan juga 1%.
Jika anda mempunya soalan atau inginkan maklumat terperinci, Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan @ untuk berhubung dengan farmasi kami.
Terima kasih.