Sulit
2 tahun
Ambil pill perancang
hi doc. saya nak tanya boleh ka ambil pill perancang bp 139/80 jantung 110… dan doc saya kadang2 dtg susah bernafas tapi tiba2 hilang jgk doc… umur saya 27 tahun ada 5 org anak(7thun,5thun,4thun,2thun dan bungsu 7bulan) saya ambil pill perancang (regibedon) tiada masalah jgk ka tu doc?..
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sebelum memulakan apa-apa rawatan, latar belakang yang lengkap tentang kesihatan anda diperlukan. Disebabkan itu, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Kami sarankan anda untuk berbincang dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan keadaan anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.