Sulit
4 tahun
Anak kehilangan nafsu makan
Assalammualaikum… saya ibu kepada anak saya yang berumur 1 tahun 1bulan. Saya kebimbangan kerana anak saya hilang nafsu makan. Adakah anak saya terkena jangkitan cacing? Saya dah cuba bermacam cara untuk beri makanan yang dia suka tapi anak saya tetap menolaknya. Saya risau keadaan anak saya berat badan semakin menurun. Boleh tak saya beri ubat cacing untuk anak saya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kurang selera makan anak anda boleh disebabkan:
- Alahan makanan
- Jangkitan kuman - dalam saluran usus, saluran kencing atau saluran udara
- Masalah penghadaman
- Masalah hormon seperti hipotiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.