Sulit
2 tahun
Apakah tekanan darah saya normal?
boleh saya tanya , tekanan darah saya 104/64 . denyutan 101 adakah normal ataupun tekanan darah rendah apa perlu saya lakukan. saya perempuan berumur 16 tahun.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kadar tekanan darah normal bagi perempuan dewasa adalah 120/80. Tekanan darah rendah adalah apabila tekanan darah anda di bawah daripaa 90/60. oleh itu, berdasarkan usia anda, tekanan darah anda masih dalam kadar normal tetapi sedikit rendah dari kebiasaan. kadar normal nadi pula adalah antara 60-100. Denyutan nadi anda berada dalam kadar yang normal.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.