Sulit
3 tahun
ASD dan orthopnea, bagaimana cara mengatasinya?
Saya wanita berumur 24 tahun, mempunyai penyakit ASD dan orthopnea. Jadi, saya nak tanya, sekiranya saya terjaga selepas beberapa jam tidur dalam keadaan terlentang tanpa bantal kerana sesak nafas dan keadaan ini berlaku sekali seminggu, adakah keadaan jantung saya semakin teruk dan perlukan rawatan segera? Atau saya boleh abaikan saje kerana keadaan ini dianggap normal dialami oleh pesakit ASD dan orthopnea? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala sesak nafas ketika berbaring sering dialami oleh pesakit masalah jantung. Mengenai kesukaran bernafas yang anda alami, sekiranya masalah ini semakin berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang lebih tepat. Anda perlu sentiasa menjaga kesihatan anda dengan tidak melakukan aktiviti berat seperti mengangkat barang atau perabot. Selain itu, anda dinasihati untuk banyak berehat dan mempunyai diet yang sihat berdasarkan piramid makanan. Tambahan lagi, anda perlu sentiasa peka terhadap simptom simptom selain susah bernafas, iaitu seperti sakit dada atau degupan jantung yang terlalu laju atau perlahan. Hal ini mungkin terjadi akibat jantung anda tidak mampu berfungsi dengan baik akibat ASD.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!