
zulcts
5 tahun
Asma tak kunjung pulih
Hi Dok,
Isteri saya mengalami asma agak lama lebih kurang 20 tahun dan tiada nampak tanda2 akan pulih. Pertanyaan saya, bolehkan saya bertukar dari Ventolin inhaler ke symbicort turbuhaler.
Ataukah ada cara lain dalam merawat asma.
Harap doktor dapat membalas email saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, asma adalah sejenis penyakit kronik alergi yang mana ia bermaksud penyakit ini tidak boleh sembuh. Akan tetapi, apa yang boleh anda lakukan adalah menghindari pencetus (trigger) agar serangan asma tidak terjadi.
Merujuk kepada pengubatan, untuk makluman anda, pertukaran ubat asma daripada Ventolin kepada ubat Symbicort adalah berdasarkan konsultasi doktor. Hal ini adalah kerana ubat Symbicort hanya boleh diberikan dengan preskripsi doktor. Justeru, nasihat saya agar anda merujuk isteri kepada doktor supaya dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan dapat diberikan ubat yang bersesuaian.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.