Sulit
4 tahun
Bacaan demam anak berbeza
hi doktor…anak saya berusia 6 tahun dan mengalami bengkak tonsil. badannya agak suam. saya cek suhu di telinga 38.1°, dan bacaan suhu di ketiak pula 37.2°. soalan saya, bacaan yang mana satu yang tepat dan boleh dirujuk untuk pemberian ubat demam? untuk makluman doktor, anak saya pernah mengalami febrile fit semasa berumur 1-3 tahun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suhu di telinga adalah lebih tepat dibandingkan dengan suhu ketiak. Merujuk kepada gejala tambahan seperti bengkak di tonsil, sebaiknya untuk merujuk ke doktor agar dapat diberikan perawatan yang tepat dan lebih efektif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.