
Sulit
3 tahun
Badan lesu dan lewat period
Hi doc, sy berumur 28 tahun dan sudah berkahwin, sepatutnya dalam 16/5 sy da period, tapi masuk 4 hari da period sy tak dtg. Sy mengalami sakit pinggang belakang, bawah perut sy kdg kdg on off sakit tp sakitnya tidaklah terlalu sakit, bdn sy terasa lesu dan sedikit mual tapi apabila sy lakukan ujian pregnancy test, test menunjukkan negative. Sy confused .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Untuk makluman anda, selain kehamilan, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.