
siti.fairuza
4 tahun
Badan penat dan rasa tidak sihat
Saya wanita berumur 28 tahun. Saya sentiasa rasa penat hampir 2 minggu. Semalam pada tengah mala, saya demam secara tiba-tiba. Pagi ni, keseluruhan kepala saya sakit dan badan rasa berat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara amnya, masalah demam ini merupakan gejala umum yang boleh dimanifestakin oleh pelbagai penyakit. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Demam denggi
Allergic Rhinitis
penyakit keradangan (inflammatory disease)
Untuk mengubati masalah demam anda selain mangambil ubatan, anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah seperti:
Tuam badan dengan air suam
Banyakkan minum air
Makan makanan seimbang
Akan tetapi, rujuk doktor jika suhu terlalu tinggi atau demam yang terlalu kerap atau lama.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.