Sulit
3 tahun
Bagaima HIV boleh berjangkit
adakah saya boleh terjangkit dengan HIV dengan menjilat kemaluan peremepuan?
3 tahun
Salam sejahtera.
Human immunodeficiency virus atau HIV merupakan sejenis virus berbahaya yang melemahkan sistem pertahanan badan kita. Jangkitan HIV yang kronik akan menyebabkan AIDS atau acquired immunodeficiency syndrome iaitu sejenis penyaki di mana sistem pertahanan badan telah menjadi sangat lemah sehingga beberapa penyakit khusus telah muncul di badan.
HIV biasanya merebak melalui cecair badan seperti darah, lendir faraj, air mani dan susu ibu yang menghidap HIV. Oleh itu, hubungan seks tanpa perlindungan mendatangkan risiko tinggi untuk jangkitan HIV. Selain itu, perkongsian jarum sesama penagih dadah, penyusuan ibu yang menghidap jangkitan HIV atau kelahiran anak bagi ibu yang menghidap jangkitan HIV juga mendatangkan risiko tinggi untuk menghidap penyakit ini. Sentuhan biasa seperti berjabat tangan, berpelukan dan berkongsi perkakas tidak akan menyebabkan kerebakan HIV.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk menjalankan pemeriksaan kerana menjilat kemaluan pasangan adalah berisiko untuk mendapat HIV. Pasangan yang menjalankan hubungan kelamin dengan anda juga digalakkan untk berjumpa dengan doktor. Doktor akan menjalankan ujian HIV serta ujian lain untuk mengesan sebarang jangkitan kelamin.