Sulit
2 tahun
Bahagian bawah dada
Hi doc. Dari semalam bahagian bawah dada belah kanan saya rasa sakit macam kena tekan. Sampai hari ini still rasa sakit… What should I do?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf encik, kerana informasi yang diberikan adalah terlalu singkat dan tidak jelas kami tidak dapat memberikan gambaran yang tepat mengenai masalah tersebut.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Namun berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit dada khususnya apabila sejuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya adalah:
- Muscle strain
- Sakit paru-paru yang dipicu oleh suhu sekeliling
- Gastroesophageal acid reflux (GERD)
- Sakit jantung
- atau gejala dari gangguan yang lain
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.