Sulit
4 tahun
Batang tidak mengeras
Saya lelaki 23 tahun dan batang tidak keras mungkin kerap melakukan onani…selain itu batang saya menjadi kurang keras setelah saya terbaca artikel mengenai kelemahan pada zakar…boleh saya tahu adakah perasaan resah dan takut membuatkan batang itu tidak keras dan apa yang boleh dilakukan untuk memulihkan masalah ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah batang zakar tidak mengeras boleh disebabkan oleh masalah psikologi seperti perasaan takut dan runsing. Namun ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti kerosakan saraf atau salur darah yag disebabkna oleh penyakit seperti kencing manis.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.