Sulit
4 tahun
Batuk berdarah selama 2 minggu
Saya wanita berumur 26 tahun, saya dah kahwi. Sudah 3 tahun. Haid saya tak pernah miss. Setiap bulan period saya ada. Cukup 7 hari setiap bulan. Dan sampai skrng
saya belum mengandung. Adakah walaupun period normal, masih ada masalah untuk mengandung. Atau ada kemungkinan saya mandul??
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai sebab kepada masalah kesukaran untuk hamil seperti:
- Melakukan hubungan kelamin bukan pada waktu subur / ovulasi
- Masalah pada struktur atau organ rahim dan ovari
- Masalah pada sperma pasangan
Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini untuk mengetahui tentang cara mudah untuk hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.