Anonymous
4 tahun
Batuk berkahak ulser dan demam
Sy lelaki demam suhu 37 ulser d mulut satu batuk berkahak.sy berisiko jangkitan hiv.sy pergi ke doctor semlm mkn ubat demam dan kahak…kahak beekurang batuk mcm suda tiada demam pun suda xde… sy baca online mcm simptom awal hiv…sy sgt takut dan asyik berfikir sampai sy xboleh bertenang hubungan 21 hari lepas tidak ada comdom
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca kahak berlebihan adalah
- Tekak kering akibat persekitaran dingin seperti bilik berhawa dingin
- Kurang minum air
- Mengambil minuman sperti kopi, teh dan alkohol
- Merokok
- Pengambilan ubat tertentu
- Terdedah kepada habuk atau allergen
- Jangkitan kuman
- Radang tekak
- Makan makanan pedas, berlemak atau berminyak
- Lendiran dari rongga hidung yang turun ke tekak “post nasal drip”
Memandangkan anda menghadapi risiko dijangkiti HIV, anda patut mengunjungi doktor anda. Bagi mengesahkan jangkitan HIV, ujian darah akan dilakukan. Walau bagaimanapun, setelah seseorang dijangkiti HIV, terdapat suatu tempoh seseorang itu boleh diuji negatif walaupun sebenarnya positif untuk HIV. Tempoh ini dikenali sebagai “tempoh tingkap” HIV yang berlangsung selama 10 hari sehingga 3 bulan. Oleh itu, anda mungkin perlu mengulangi ujian itu beberapa kali sebelum disahkan HIV-negatif.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat
Sila berbincang dengan kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih