Anonymous
4 tahun
Batuk dan sakit dada
Saya lelaki umur 23 asyik batuk2 dan rasa gatal di tekak. Asyik berkahak putih kadang2 hijau. Dan sakit dada jugak
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Serangan jantung / sakit jantung
- Angina - terjadi apabila saluran darah ke jantung menyempit kerana pengumpulan plak kolesterol dan lemak
- Pedih ulu hati - Ini merupakan tanda Gastrooesophageal Reflux Disease (GERD) di mana kandungan perut yang berasid naik ke dalam esophagus
- Jangkitan paru paru
Dan sebagainya
Batuk yang berpanjangan turut boleh menjadi punca sakit dada yang anda hadapi. Namun begitu kemungkinan punca lain tidak boleh dipandang ringan. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor jika masalah ini berterusan. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.