Sulit
3 tahun
Batuk dua hari, kerongkong gatal
saya wanita berumur 39. ada batuk sudah dua hari. rasa kerongkong gatal, belum ada kahak. tidak ada selsemsa, demam dan sakit badan. saya tinggal di puchong dan bekerja di subang. adakah saya perlu pergi hospital buat test?
4 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tekak terasa gatal boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- jangkitan pada kerongkong
- radang tonsil
- alahan
Oleh kerana wabak COVID-19 kian menular, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan. Kuarantin biasanya diberikan kepada sesiapa yang mempunyai gejala COVID19 selepas pulang dari negara berisiko tinggi selama 14 hari. Jika anda mempunyai gejala maka anda perlu mendapatkan ujian saringan.
Buat masa ini hospital kerajaan merupakan tempat ujian saringan dijalankan. Anda boleh mengunjungi mana-mana hospital kerajaan bagi mendapatkan ujian saringan tersebut. Disini saya lampirkan senarai hospital yang menyediakan perkhidmatan saringan [Designated Hospital for COVID-19]
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/