paanmansor30
4 tahun
Batuk kering kepada batuk berkahak
saya berumur 23 tahun dan pada sabtu minggu lalu saya mengalami batuk kering,sakit tekak dan selsema. Tetapi pada hari selasa pada 17/3 saya telah pun mendapatkan rawatan di hospital besar kluang untuk penyakit yang saya alami dan doctor memberitahu tiada yang serious cuma batuk dan selsema biasa sahaja. Tetapi selepas saya makan ubat batuk yang dibekalkan oleh pihak hospital batuk saya menjadi batuk berkahak. adakah itu perkara biasa ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kahak merupakan lendir yang mengandungi sel mati dari saluran pernafasan bersama kuman yang mati. Kahak merupakan pengeluaran yang normal apabila sedang sembuh daripada jangkitan saluran pernafasan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.