
lilysyafinaz
4 tahun
Batuk kuat hampir sebulan
Ibu saya berumur 56 tahun dan menghidapi penyakit darah tinggi serta diabetes. Pada 9/3/2020 lalu, beliau telah demam dan batuk. Dikhuatiri mendapat jangkitan demam & batuk ini daripada jirannya yang beliau bertemu sehari sebelumnya. Untuk pengetahuan doktor, ayah saya dan saya juga telah dijangkiti demam & batuk ini dari ibu saya. Tetapi, saya dan ayah telah pulih demam selepas sehari, manakala telah pulih sepenuhnya batuk dalam masa 1 minggu.
Persoalannya di sini, ibu saya masih lagi belum pulih batuk sehingga hari ini. Jangka masanya sudah hampir sebulan. Dan batuknya kerap dan kuat. Keadaan ini membimbangkan saya dan minta nasihat daripada doktor untuk tindakan yang perlu saya ambil selanjutnya.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah batuk ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Rawatan bergantung kepada punca batuk. Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.