
Sulit
5 tahun
Batuk mencungap athma
Saya wanita berusia 32 tahun. Tiada sejarah perjalanan ke luar negara atau berhubung dgn kluster tabligh sri petaling. Duduk di rumah sahaja sejak bermula PKP fasa 1 bersama anak2, namun pada 6 apr yg lalu sy ada pergi ke kedai runcit berdekatan rumah. Pada 10 apr sy berasa tak sedap badan dan mula rasa nak mencungap mcm athma. Sy mmg ada sejarah penyakit athma namun telah lama tidak mengalami athma attack. Hanya demam ringan pada 6 apr dan sehingga harini sy masih batuk-batuk dan anak2 serta suami juga telah batuk dan selsema tetapi tidak demam. Agak pelik sbb sblm ni kalau sy diserang athma, seingat sy anak2 dan suami xberjangkit. Sehingga skrg sy masih duduk di dalam rumah dan agak risau nk pegi cek doktor.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang SAH dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Pengendalian ujian ini adalah bergantung kepada pengamatan dan evaluasi daripada doktor setelah melakukan pemerhatian klinikal, pemeriksaan serta mengetahui sejarah sakit. Jika anda menunjukkan simptom jangkitan dan pernah berkunjung ataupun berada dekat dengan penduduk dari negara yang terjejas teruk dalam jangka masa yang panjang, sebaiknya anda mendapatkan ujian ini.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.