
Sulit
4 tahun
Batuk , selesema sakit dada
Hai doc, saya tersedak air masak yang membuatkan tekak saya rasa tak selesa , saya cuba batuk sebab tak selesa , sampai satu tahap saya selesema , tersumbat hidung , batuk ii , sakit dada , bila saya makan , saya dapat rasa sakit bila makanan tu lalu kat dada saya. Tongsa saya bengkak , daripada data yang saya berikan , apakah nama penyakit ini , dan perlukah saya berjumpa doc secara bersemuka , atau ade rawatan dari rumah sahaja?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi perlu dilakukan pemeriksaan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat untuk memberikan rawatan yang betul. Oleh itu anda perlu ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan oleh doktor.
Antara perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi adalah:
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Radang tonsil (Bergantung pada individu, 2-4 minggu)
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.