Sulit
2 tahun
Batuk selesma dan gatal
Sy seorang permpuan berumur 28 thun…
4 hari lepas sy mengalami gatal gatal tanpa ruam di bahagian muka,leher dan lengan…masuk hari ke 5 saya mgalmi batuk yg gatal dan selesma…tiada deman…sebelum nie saya tiada alahan…tpi adik beradik sy ada 3 orang ada alahan…ada kah berisiko medapat alahan… Boleh dr terang
terima kasih dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang batuk, gatal dan selsema yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.