amyerazaly
4 tahun
Batuk tidak berkahak dan kering selama 5 hari tiada demam hanya batuk sahaja
Saya berusia23 tahun dan mengalamibatuk yang berpanjangan selama 5 hari dari 17hb mac. Baruk tiada kahak dan tiada demam. Hanya batuk sahaja. Adakah saya perlu consume ubat batuk? Ubat batuk apa yg sesuai
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Selain ubat, masalahbatuk anda boleh diatasi dengan langkah seperti berikut:
Berhenti merokok
Mengambil minuman suam
Minum banyak air
Minum jus lemon dan madu
Biasanya masalah batuk boleh diatasi tanpa mengambil unat. Namun, begitu, sekiranya anda ingin mengambil ubat, punca masalah ini haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.