Sulit
2 tahun
Bekas pesakit covid merawat ahli keluarga di hospital
Assalamualaikum
Doc… saye merupakan bekas pesakit covid dan sekarang ibu saya dimasukkan ke hospital… sekarang soalan saya adakah saya boleh menjaga ibu saya yg sakit kronik di hospital setelah habis kuarantin…
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sebaiknya anda memastikan bahawa diri anda sudah benar-benar sembuh daripada jangkitan covid 19. Anda boleh melakukan ujian swab test untuk menentukan sama ada masih dijangkiti virus tersebut atau tidak. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada virus ini terus tersebar. Sekiranya keputusan swab test anda adalah negatif, anda boleh merawat ibu anda do hospital dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan, menjaga jarak dan sering mencuci tangan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini