Sulit
3 tahun
Benjol di dalam leher sejak seminggu lalu
Salam, saya wanita berumur 22 tahun. Minggu lepas saya perasan satu benjol kecil dalam leher saya. Bila disentuh tidak sakit. Saya hendak tahu adakah ini merbahaya? apakah rawatan yang perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tiroid ( thyroiditis )
- Jangkitan kulit
- Lipoma
- Carotid body tumor
- Infectious mononucleosis
- Goiter
- Kanser tiroid
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh punca lain yang kami tidak sebutkan di atas. Sukar untuk kami katakan sama ada ia merbahaya ataupun tidak memandangkan lebih banyak maklumat lanjut diperlukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Berkenaan rawatan, ia bergantung kepada diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.