Sulit
3 tahun
Benjolan di bawah tahi lalat
Saya wanita 21 tahun dan mempunyai tahi lalat di bahagian muka sejak kecil.tapi,semenjak 2-3 bulan, saya perasan ada ketulan di bawah tahi lalat tersebut. Setiap bulan, kebiasaanya muka saya akan ditumbuhi beberapa jerawat sebelum datang bulan dan saya perasan ketulan bawah tahi lalat tersebut sakit bila disentuh dan dipicit. Namun, bila dh hilang semua jerawat, ketulan tersebut tidak lagi berasa sakit tpi ketulan itu masih ada. Adakah kemungkinan sakit tersebut disebabkan oleh jerawat yg berada di bawah tahi lalat? Ada kemungkinan ke jerawat berada di bawah tahi lalat? Harap doktor boleh bantu saya. Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jerawat
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Foliculitis
- Cyst/Kista
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.