
Anonymous
4 tahun
Benjolan merah diketiak
Assalamualaikum dan Salam sejahtera… Saya ada satu soalan… Suami saya ada benjolan merah siketiak… Macam jerawat… Adakah ia normal? Dan bagai mana untuk hilangkannya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Biasanya benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh:
- Foliculitis : Jangkitan pada folikel rambut. Disebabkan bahagian ketiak yang berlipat, mudah berpeluh dan memudahkan bakteria membiak, ini memudahkan masalah ini berlaku.
- Tindakan sering bercukur juga boleh menyebabkan luka dan jangkitan atau keradangan
- Benjolan lemak atau tisu fiber
- Bengkak pada kalenjar limfa
Kuman penyebab jangkitan boleh berpindah melalui sentuhan anda.
Untuk mengetahui penyebab benjolan di ketiak tersebut, kami memerlukan maklumat lanjut tentangnya serta maklumat lain tentang latar kesihatan anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.