
reynog98
5 tahun
Benjolan pada tulang
Ketika sy pada umur 15tahun(4tahun yg lepas) saya terjatuh dan terkena hentakan pd belakang kepala saya dan sy tidak terluka namun sakit benjol tu ada, stelah semingu kemudian saya menyapuh minyak urut benjolan dan sakit tersebut kurang dan kini hilang, tetapi sehinga kini persoalan selalu timbul d pemikiran sy sebab sy sehinga kini saya Mempunyai kesan Benjolan tulang yg KEKAL pada bekas impak jikalau sy tekan pd tulang timbul tersebut tidak sakit. Soalan saya sini Adakah sakit saya serius atau cuma ketumbuhan sel tulang yg baru? . (benjolan itu tidak besar timbul sikit sahaja)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, trauma kepala boleh meninggalkan efek yang berpanjangan malah membahayakan. Sukar untuk dijelaskan memandangkan keterangan disini tidak cukup utk menjelaskan struktur tulang belakang dan saraf yang terkena.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.