Sulit
3 tahun
Benjolan seperti daging mengeras di peha dan kelengkang kaki kiri
Saya wanita berusia 40an dan akhir2 ini saya dapati terdapat benjolan di belakang peha saya dan juga kelengkang sebelah kiri. Benjolan tersebut seperti daging dan jika disentuh saya tidak merasa sakit tetapi ianya menyebabkan ketidakselesaan pada saya. Adakah benjolan seperti ini merbahaya atau ianya hanyalah sejenis penyakit kulit sahaja?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, masalah anda boleh disebabkan:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - Jangkitan kulit
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.