
Sulit
4 tahun
Bentuk payudara tak sama
Saya berumur belasan tahun. Bentuk payudara saya tak sama. Sebelah kiri biasa sebelah kanan nampak kendur sikit. Takda apa ii masalah kecuali rasa sakit. Itu pon kadang ii je. Lepastu saya perasan di bahagian puting kiri nampak biasa tapi bahagian kanan tu nampak besar daripada kiri. Tolong bagi penjelasan kenapa ini berlaku dan cara atasi jika ada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, payudara yang berbeza saiz sedikit adalah normal. Tiada cara yang membuatnya sama saiz. Sekiranya perbezaanya terlalu ketara atau kesakitan berlanjutan, anda perlu memeriksa payudara anda untuk mengesan sebarang ketumbuhan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.