Sulit
3 tahun
Berak berdarah dan sakit perut bahagian kiri
Haii …saya wanita berumur 20’an , sudah berkahwin 4 tahun dan belum ada ank …saya nak tanya sebelum nie saya pernah alami berak berdarah ,agak 2 bulan lebih perdarahan sudah tiada …dan hari ini berak berdarah saya datang semula , 2 3 hari sebelum saya ada sakit sangat dibahagian perut kiri dan angin …apa yang perlu saya buat doc ?? Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, najis berdarah boleh berpunca daripada pelbagai sebab:
- Buasir atau hemorrhoid
- Anal fissure
- Anal fistula
- Kecederaan pada dinding usus atau rektum
- Keracunan makanan
- Intussussception
- Kanser usus
Ini hanyalah pandangan kami secara am. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Masalah najis berdarah juga perlu diberikan perhatian kerana ia mungkin berpunca daripada masalah yang lebih serius.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Lemah badan
- Pucat
- Pitam
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Jantung berdebar
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.