Sulit
3 tahun
Berak berdarah dansesak nafas
Sy wanita berumur 15 tahun .baru baru ini saya berak berdarah melebihi 1 bulan. Dalam mase yg sama sy berasa sesak nafas dan pening kepala yg berlarutan . kebiasaannya semasa sy buang besar sy kerap rase sakit pd bhg sekitar perut tetapi tiada najis yg keluar pon. Patut ker sy berjumpa doktor. Teruk ker masalah sy.mohon penjelasan doktor yg jelas. TQ.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai berak berdarah (melebihi 1 bulan), serta diiringi dengan sesak nafas dan pening kepala semenjak kebelakangan ini.
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya darah segar pada najis (Hematochezia):
- Buasir
- Fisur dubur ( Anal fissure )
- Polip usus (FAP)
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis, Chrons DIsease, dll.)
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- Kanser usus
Sesak nafas anda boleh berpunca dari kembung perut kerana tekanan abdomen yang menekan pergerakkan paru-paru. Pening kepala boleh berpunca dari sakit perut tersebut, namun iaanya boleh menandakan gangguan yang lain seperti:
- penurunan zat besi atau hemoglobin dalam tubuh
- tubuh kekurangan air
- jangkitan kuman yang sistemik
- dan lain-lain
Sekiranya gejala-gejala tersebut berlarutan atau bertambah, sila berjumpa dokter segera.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.