Sulit
2 tahun
Berak berdarah melebihi dua minggu
Saya wanita berusia 26 tahun. Kejadian ini berlaku hari pertama berpuasa, saya telah membuang air besar dan dapati najis saya mempunyai darah. Saya risau untuk membuang air besar keesokannya dengan harapan saya akan membuang secara normal. Saya cuba menahan diri untuk membuang najis dua hari sekali. Sayangnya sekarang sudah minggu ke-3, masih lagi berdarah jika membuang dalam kuantiti yang banyak. Yang sebelum ni hanya darah melekat pada najis. Tetapi harini saya berasa amat takut kerana sewaktu saya membuang najis pada saat akhir setelah selesai telah keluar seketul darah seperti darah haid tetapi saya telah memastikan itu bukan darah daripada haid. Saya takut untuk pergi ke klinik. Saya risau mengenai kanser usus. Saya harap doctoroncall boleh membantu saya jika ada penyelesaian untuk menyembuhkan saya untuk kembali membuang air besar seperti biasa. Terima kasih.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan keadaan yang anda alami, seperti:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Ia juga boleh berpunca dari sebab yang tidak disebutkan di atas.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana anda mengalami najis berdarah dan ia memerlukan perhatian segera oleh doktor dan anda kerana kehilangan darah boleh menyebabkan masalah lain pula.
Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pucat
- Pitam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.