Sulit
3 tahun
Berak berdarah, sakit perut yg teruk dari semalam hingga sukar bernafas
saya lelaki berumur 35tahun. saya menghidap buasir. baru2 ni ketika saya membuang air besar saya dapati terdapat darah yg banyak keluar bersama. keadaan menjadi semakin teruk dari smalam, perut saya semakin sakit hingga hari ini dan kesukaran untuk bernafas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, seperti:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Ia juga boleh berpunca dari sebab yang tidak disebutkan di atas.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana anda mengalami najis berdarah dan ia memerlukan perhatian segera oleh doktor dan anda kerana kehilangan darah boleh menyebabkan masalah lain pula. Tambahan pula, perut anda semakin sakit dan mengalami kesukaran bernafas.
Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pucat
- Pitam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.