Sulit
2 tahun
Berak berdarah slma 3 hari
Sy berak berdarah slma 3 hari… …doktor bg ubat buasir…dada sy sakit,perut sblh kiri ada sakit sikit,kerap buang angin,terasa nak muntah…da DKT 2 minggu…badan terasa lemah…n terlalu penat…padahal TDK berkerja…adakah sy ada masalah kenser usus…selain buasir…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah najis berdarah selama 3 hari, kerap membuang angin dan terasa ingin muntah diikuti dengan badan lemah dan kepenatan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Keracunan makanan
- Kurang pengambilan zat fiber
- Kurang minum air
- Diet yang tidak seimbang
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- Penyakit lain di saluran pencernaan
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.