Sulit
2 tahun
Berak berdarah yang kedua kali selama seminggu
Saya wanita 20’an sekarang saya suda seminggu berak berdarah tapi saya tdk merasa sakit perut atau sakit dubur , saya berak seperti biasa cuma bersama dengan darah , semasa saya berak meneran atau tidak meneran darah tetap keluar , tidak banyak menitis. Sebelum nie saya juga pernah alami seminggu selepas itu berenti beberapa hari saya tidak ingat terus start balik berak berdarah pada tarik 24april2021. Apa yang perlu saya buat ?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan keadaan yang anda alami, seperti:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Ia juga boleh berpunca dari sebab yang tidak disebutkan di atas.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana anda mengalami najis berdarah dan ia memerlukan perhatian segera oleh doktor dan anda kerana kehilangan darah boleh menyebabkan masalah lain pula.
Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pucat
- Pitam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.