
faridahazizi94
5 tahun
Berjalan tidak seimbang
hai dr… saya berumur 25 tahun dan sejak kebelakang ini semakin kerap berlaku apabila saya berjalan sering terjatuh atau tidak stabil… ketika berdiri pula kadang-kadang kaki lemah dan nak terjatuh. kalau angkat barang imbangan badan selalu tak stabil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kesan sampingan ubat-ubatan
- masalah otot
- masalah saraf, neuropathy
- Autoimun, SLE, Myasthenia gravis, Multiple Sclerosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.