Sulit
2 tahun
Bernafas tidak lepas
Hai doc, umur saya 19 tahun dan berat saya 100kg. Kebelakangan ni saya bernafas tak lepas jadi saya sering tarik nafas menggunakan mulut tapi still tak lepas. Dan dalam 2-3 minggu ni saya kurang tidur/rehat, kurang makan sbb busy dgn assignment. Ada satu malam ni saya sakit dada sebelah kiri sampaikn saya takut nak tidur. Adakh saya mempunyai masalah jantung atau masalah kesihatan yg serius?? Ataupun hanya sbb saya kurang rehat/stress?? Thank you in advance doc!
2 tahun
Hai, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan diatas, anda mengalami masalah kesukaran bernafas. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Ketegangan otot dada
- Alahan
- Resdung
- Kepenatan dan kurang berehat
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
Memandangkan masalah ini mengganggu sistem pernafasan anda, kami nasihatkan anda untuk terus ke mana-mana klinik dan hospital beredekatan bagi tujuan pemeriksaan.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.