
Sulit
4 tahun
Bersalin normal selepas 3 kali pembedahan
Salam saya wanita 36 tahun dan sedang mengandung anak yg ke4 …soalan saya bolekah saya bersalin normal selepas bersalin secara pembedahan 3 kali…jarak kandungan saya 4 tahun… Adakah saya akan mengalami risiko rahim pecah.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, wanita yang telah mengalami pembedahan cesarean yang berkali-kali mempunyai risiko seperti:
- Masalah plasenta seperti plasenta accreta atau plasenta previa
- Komplikasi pada parut cesarean lama
- Hernia
Disebabkan saya tidak menilai kondisi anda secara terperinci saya tidak dapat memberikan kesimpulan lebih lanjut. Maklumat lebihan perlu diperolehi sebelum saya boleh memberikan kesimpulan yang terbaik. Langkah yang terbaik adalah untuk anda bertanya kepada doktor pakar anda yang mempunyai sejarah bersalin anda supaya dapat memberikan maklumat lanjut.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.