
Sulit
4 tahun
Bersama ketika subur dan makan pil perancang dengan tetap?
Hai doktor sye ingin bertanya,adakah saya boleh mengandung sekiranya bersama dengan suami ketika waktu subur tapi dalam waktu yg sama makan pil perancang regulon??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, pil perancang mempunyai keberkesanan yang tinggi untuk mengurangkan risiko kehamilan sekiranya diambil secara tetap. Walaupun begitu, ia tidak menidakkan kebarangkalian untuk hamil. Anda boleh mengurangkan risiko hamil dengan lebih banyak dengan menasihati suami anda untuk menggunakan perlindungan (kondom).
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.