Anonymous
4 tahun
Biji-biji nanah di bahagian kemaluan
Saya seorang ibu berumur 28 tahun… saya mengalami telah didiagnose sebagai kencing kotor minggu lalu… saya makan ubat seperti yg disarankan doktor… kencing saya juga telah kembali normal…masalahnya sekarang adalah bahagian kemaluan saya timbul biji-biji nanah yg semakin hari semakin banyak…hal ini menyebabkan rasa pedih yg amat sangat apabila terkena air kencing atau air… sekarang juga saya sukar untuk berjalan dan duduk akibat terlalu sakit… boleh doktor bantu saya tentanf penyakit saya ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan anda, masalah nanah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.