
Anonymous
5 tahun
Bintik merah ditangan,badan Dan paha
Sy wanita berumur 26thn…sy mengalami bintik-bintik merah dilengan kanan,Kiri serta dibadan dan dibahagian paha sy… sy mengalami demam Dan selesma…adakah sy mempunyai sebarang penyakit? Tlg sy…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, demam berserta bintik-bintik merah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya :
- Demam denggi
- Hand Foot Mouth Disease
- Demam campak
- Kayap
Namun untuk mengetahui diagnosis untuk penyakit yang dihadapi anda, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih