Sulit
2 tahun
Boleh atau Tidak ambil ubat selepas vaksin?
Saya wanita berumur 16 tahun , saya baru mengambil vaksin pada 21.09.2021 dan selepas vaksin , saya ada mengambil ubat batuk copastin dan ubat allergic kahak iaitu prednisolone dan ubat batuk jenis cecair kerana saya masih mengalami batuk kesan sampingan dari covid-19 . Pada 22.09.2021 , selepas saja memakan ubat tersebut , saya merasa sakit kepala . Saya mengambil panadol untuk melegakan sakit kepala saya . Adakah saya boleh terus makan ubat batuk tersebut atau saya perlu berhenti dari memakan sebarang ubat selepas vaksin?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda ingin tahu jika anda boleh teruskan pengambilan ubat batuk selepas menerima vaksin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kajian menunjukkan bahawa sebilangan besar ubat-ubatan tidak berinteraksi dengan vaksin. Ubat batuk boleh diambil dengan selamat setelah menerima vaksin. Gejala sakit kepala yang anda alami selepas pengambilan ubat batuk boleh disebabkan oleh kesan sampingan vaksin dan bukannya kerana ubat batuk. Kami menasihatkan anda untuk terus mengambil ubat batuk seperti biasa. Jika simptom-simptom anda berpanjangan ataupun bertambah teruk, sebaiknya anda merujuk kepada doktor supaya dapat diberikan rawatan yang tepat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Teima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini