
Sulit
3 tahun
Bonjol di rahim rasa sakit
Saya baru perasan dalam 2 minggu kepala sakit sangat n ada bonjol di vagina pinggang sakit sangat apa punca

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah benjol di rahim dan sakit kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah benjol di rahim boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Polip rahim
- Kista serviks
- Penyakit kelamin (STD)
- Kanser serviks
Selain itu, gejala sakit kepala yang anda keluhi boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Tension headache
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Meningitis
- Sinusitis
- Glaukoma
Kedua-dua masalah yang anda alami tidak semestinya berkaitan akan tetapi anda disarankan untuk merujuk masalah tersebut kepada doktor untuk pemeriksaan fizikal dan maklumat lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.