Sulit
2 tahun
Buang air besar belendir dan berdarah
Hi doktor , hari ini 2 kali saya buang air besar keluar lendir dan bercampur sedikit darah. Lendir tersebut tidak berbau apa apa . Lendir seperti kahak je dan ada darah. Apakah penyebabnya doktor ? Boleh terangkan kepada saya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan usus
- Dysentry
- Keracunan makanan
- Divertikulitis
- Intussussception
- Buasir (hemorrhoid)
- Kurang mengambil makanan yang mengandungi serat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Lebih banyak maklumat diperlukan untuk kami mengetahui punca sebenar gejala yang dialami oleh anda dan juga pemeriksaan fizikal dan siasatan makmal juga perlu dilakukan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.