
Sulit
5 tahun
Buang air besar berdarah setiap 6 bulan
Hai. Saya perempuan berumur 20 tahun. Saya mengalamk buang air besar berdarah ini sejak saya berumur 17 tahun (dimana yang saya perasan) buang air berdarah ini kerap datang dalam setiap 6 bulan. Ianya akan hilang dalam masa 2-3 minggu dan akan muncul selepas 5-6 bulan. Sebelum buang air besar berdarah itu, saya akan hilang selera makan dan cirit birit. Saya juga akan jadi sukar membuang seperti dari sekali sehari kepada 3 atau 4 hari sekali. Bentuk najis juga berbeza beza, cirit, keras dan lembut biasa. Darah yang keluar ada yg bercampur najis dan ada yang segar. ianya keluar dengan sangat banyak membuatkan saya lemah dan pening. Saya juga sering berasa sebu dan sakit di bahagian abdomen sebelah kiri. Saya pernah dikesan mempunyai mild anemia dan sehingga kini hb saya rendah dan ianya menyebabkan saya sering berasa letih walaupun tidak membuat kerja yang berat. Berat badan saya masih stabil ianya akan turun sblm buang air besar berdarah itu berlaku dan akan kembali kepada asal jika ianya sudah tiada. Saya telah terlepas untuk membuat ujian endoskopi di hospital. Tetapi boleh saya tahu apakah sakit saya dengan simptom ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.