Sulit
4 tahun
Buang air besar bersama darah
Anak sy berumur 9 tahun sejak beberapa hari inj anak saya mengalami keadaan buang air besar berdarah 3 x stp selang sehari. Namun tiada luka atau pedih ketika membuang air besar. Anak saya mempunyai history usus yg selalu dijangkiti kuman sejak dr baby lg. Hampir setiap tahun dia mnalami demam & jgkitan kuman. Pd umur setahun dn dua tahun diwardkan kerana usus yg bengkak. Beberapa bulan kebelakangan ini juga najisnye selalu bewarna hijau. Apakah pndangan doc mngenai masalah ank sy? Adkah anak sy mengalami masalah usus atau buasir?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Gejala yang anak anda hadapi memerlukan perhatian khusus. Anda dinasihatkan untuk membawa anak anda ke hospital atau dapatkan konsultasi lanjut dari pihak kami. Najis abnormal dikalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh banyak perkara. Ada yang serius dan ada yang kurang serius. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, luka, radang usus, dan sebagainya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.