Sulit
4 tahun
Buang air kecil ada lendir darah
Saya berumur 23. 7/3 my last period. Seminggu lepas habis period i ada melakukan hubungan with my partner. Tapi dia tak pancut dalam. I bersama dgn dia 17/3 and pada hari yg sama i terus makan contraceptive pill pistoner. And harini 23/3 i ada bleeding sikit masa i buang air kecil. What does it means doctor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
- Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Antara kesan sampingan pil tersebut ialah mual/loya, muntah dan mengubah kitaran haid.
Pendarahan tersebut mungkin haid anda yang tidak teratur iaitu kesan sampingan Pil tersebut.
Namun, kencing berdarah boleh dsebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada faraj
- Masalah pendarahan
- jangkitan kelamin
- masalah buah pinggang
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih