
ein6955
5 tahun
CA 19-9 reading tinggi
Saya menjalani annually full medical check up. Stiap tahun results cancer marker CA 19-9 meningkat dari 100+ ke 1000+.CT scan, MRI, colonscopy dilakukan tapi tidak jumpa punca. Apa lagi ujian perlu saya lakukan untuk mengetahui apa sakit saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bacaan Ca19-9 yang tinggi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
-Sumbatan pada saluran hempedu
-Cholangitis: keradangan pada kantung hempedu
-Inflammatory bowel disease: penyakit keradangan usus
-Acute or chronic pancreatitis: keradangan pada pankreas
-Liver cirrhosis: Kerosakan pada hati
-Cystic fibrosis: suatu penyakit genetik terkait dengan kekentalan mukus
-Thyroid disease: penyakit pada kelenjar tiroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar supaya dapat dikenal pasti dengan betul apakah punca keadaan ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.